Bekas Presiden MIC meninggal dunia - Utusan Malaysia

Bekas Presiden MIC meninggal dunia

G. PALANIVEL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bekas Presiden MIC, Datuk Seri G. Palanivel6 meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur pada pukul 8 pagi tadi.

Berita kematian itu dikongsikan sendiri Naib Presiden MIC, Datuk T. Murugiah.

Palanivel, 76, dilantik sebagai Presiden MIC kelapan menggantikan Tun S Samy Vellu yang menyandang jawatan itu selama 31 tahun pada 6 Disember 2010.

Palanivel memulakan kerjaya politiknya pada tahun 1968 sebagai Setiausaha Cawangan MIC Jelutong.

Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Penolong Setiausaha Sulit Datuk Seri S. Samy Vellu, sebelum dipilih sebagai Timbalan Presiden pada 2006 dan kemudiannya mengambil alih jawatan Presiden MIC pada 2010.

Ketika memimpin, beliau cuba melaksanakan pembaharuan dalam struktur parti, namun kepimpinannya dicabar susulan isu pemilihan parti pada 2013.

Pada 2015, ROS mengisytiharkan beliau hilang keahlian MIC kerana mengambil tindakan undang-undang terhadap parti sekali gus menamatkan tempoh kepimpinannya.

Walaupun pendek, era Palanivel dilihat sebagai tempoh transisi yang penting dalam sejarah MIC pasca-Samy Vellu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN