Anwar solat Jumaat bersama 4,000 jemaah

Anwar solat Jumaat bersama 4,000 jemaah

ANWAR Ibrahim ketika menunaikan solat jumaat di Masjid Azzubair Ibn Awwam di sini hari ini. - UTUSAN/SYAKIR RADIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menunaikan solat Jumaat bersama rakyat di Masjid Azzubair Ibn Awwam di sini hari ini.

Beliau yang tiba kira-kira pukul 1.20 tengah hari disambut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar.

Solat Jumaat itu diimamkan oleh Mohd Zikri Zainal dan disertai lebih 4,000 jemaah.

Anwar dan para jemaah sebelum itu menghayati khutbah bertajuk ‘Budaya Tular : Saring Sebelum Sebar’ yang disampaikan oleh Mohd Ariffin Ramdzan. 

Khutbah tersebut mengingatkan bahawa berita yang tiada penapisan di media sosial seperti berita tular berkaitan agama mampu untuk merosakkan individu, masyarakat, agama dan negara. 

Selesai solat Jumaat, Perdana Menteri kemudian sempat meninjau perkembangan projek naik taraf masjid dan baik pulih masjid tersebut sebelum berangkat pulang. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN