Alex pencabar utama saya - Marc

Alex pencabar utama saya – Marc

PELUMBA Ducati, Marc Marquez (tengah) memegang trofi ketika menjuarai Grand Prix Itali bergambar bersama tempat kedua, Alex Marquez (kiri) dan ketiga, Fabio Di Giannantonio (kanan) di Mugello, hujung minggu lalu. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MUGELLO: Pendahulu kejuaraan MotoGP, Marc Marquez menyifatkan adiknya, Alex Marquez antara pencabar paling sukar yang pernah dihadapi sepanjang kariernya.

Alex sedang menikmati musim terbaiknya pada musim ini selepas meraih kemenangan sulung di Jerez, satu kemenangan dalam perlumbaan pecut di Silverstone serta lapan kali menamatkan saingan di tempat kedua.

Selepas sembilan pusingan musim ini, Alex hanya ketinggalan 40 mata di belakang pendahulu kejuaraan, iaitu abangnya sendiri, Marc.

Marc meraih kemenangan berganda di Grand Prix (GP) Itali hujung minggu lalu melebarkan kelebihannya dalam kedudukan keseluruhan namun begitu, dia mengakui bahawa ketika sedang berada di salah satu tahap terbaik dalam kerjayanya, Alex tetap mampu mengekori rapat.

“Saya maksudkan, sebagai pelumba pasukan pengeluar, anda memang tertekan untuk bersaing dalam kejuaraan, lebih-lebih lagi jika anda menunggang Ducati kerana itu motosikal terbaik di grid.

“Kemudian, Alex pula menunggang jentera versi sebelumnya dan dalam pasukan pengeluar Ducati, kami cuba memperkenalkan beberapa komponen baharu untuk meningkatkan kelebihan ini.

“Tetapi walaupun begitu, Alex menunggang dengan sangat laju dan saya ingin katakan, dan saya perlu katakan, ini baru sembilan perlumbaan dalam musim ini, tetapi saya sedang melalui detik terbaik dalam kerjaya saya dan Alex masih berada di situ.

“Jadi, ini bermakna dia adalah antara pencabar paling sukar yang saya pernah hadapi kerana dia sangat konsisten, sangat laju dan mempunyai keseimbangan yang baik di semua litar. Buat masa ini, saya sedang menikmati detik manis untuk keluarga Marquez,” kata Marc. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN