AIA Malaysia rai 18 sekolah tersihat

AIA Malaysia rai 18 sekolah tersihat

SEMUA pemenang kategori sekolah rendah bergambar pada majlis Anugerah AIA Healthiest Schools (Sekolah Tersihat AIA) yang diadakan di ibu negara baru-baru ini. – UTUSAN/FIRDAUS M. JOHARI.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

AIA Malaysia meraikan pencapaian 18 buah sekolah rendah dan menengah dari seluruh negara dalam majlis Anugerah Sekolah Tersihat AIA, sebagai penghargaan terhadap usaha inovatif dan berimpak tinggi dalam membudayakan kesejahteraan pelajar serta mewujudkan persekitaran pembelajaran yang sihat dan positif.

Majlis tersebut merupakan kemuncak kepada edisi kedua pertandingan Sekolah Tersihat AIA (AHS) yang diadakan sejak Oktober tahun lalu hingga hingga Mac lalu melibatkan lebih 60 penyertaan daripada sekolah kerajaan, swasta dan antarabangsa.

Ketua Pegawai Pemasaran AIA Malaysia, Chee Wong Fai, berkata, kejayaan program tersebut untuk tahun kedua berturut-turut menunjukkan peningkatan kesedaran dalam kalangan sekolah mengenai kepentingan penjagaan kesihatan pelajar secara menyeluruh.

“Program ini dimulakan pada tahun lalu dengan hasrat untuk memberi sokongan kepada sekolah membina persekitaran yang lebih sihat dan menggembirakan. “Peningkatan penyertaan yang hampir dua kali ganda tahun ini memberikan sambutan yang memberangsangkan terhadap inisiatif tersebut,” katanya.

Timbalan Pengarah Kanan Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pendidikan, Abidin Marjan, berkata kerjasama antara sektor awam dan swasta seperti AIA serta Kementerian Pendidikan memainkan peranan penting dalam menyemai budaya kesejahteraan dalam sistem pendidikan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN