Acosta sertai Ducati?

Acosta sertai Ducati?

AKSI pelumba Red Bull KTM, Pedro Acosta di Grand Prix Aragon, Sepanyol, baru-baru ini. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALCANIZ: Juara dunia dua kali, Pedro Acosta mengakui dia tidak dapat membayangkan keadaan dirinya jika menunggang jentera Ducati Desmosedici selepas namanya dikaitkan bakal menyertai pasukan itu.

Dominasi Ducati dalam Kejuaraan Dunia MotoGP nampaknya menurun sedikit di atas kertas pada musim ini berbanding 2024 apabila tahun lalu, pasukan itu memenangi semua perlumbaan kecuali satu grand prix.

Berbanding musim ini, selepas lapan pusingan, Ducati telah ditewaskan di Perancis ketika Joann Zarco memenanginya bersama Honda dan di Britain yang dimenangi pelumba Aprilia, Marco Bezzecchi.

Namun, walaupun Ducati telah ditewaskan dalam beberapa saingan tahun ini, mereka masih memenangi enam daripada lapan perlumbaan pembukaan dan mengekalkan rekod 100 peratus dalam perlumbaan pecut.

KTM, sebaliknya, belum begitu hampir dengan kemenangan tahun ini berbanding di Aragon hujung minggu lalu, di mana Pedro Acosta menamatkan perlumbaan di tempat keempat di belakang podium yang dikuasai sepenuhnya oleh Ducati.

Prestasi sebegini telah menimbulkan rasa tidak puas hati daripada Acosta, yang berada dalam musim pertamanya sebagai pelumba Red Bull KTM.

Akibat daripada kekecewaannya terhadap keputusan tahun ini, serta ketidakpastian kewangan yang dihadapi KTM sejak penghujung 2024, Acosta telah dikaitkan dengan perpindahan ke pasukan lain.

“Saya tidak tahu (sama ada dia sesuai menunggang jentera Ducati). Saya sentiasa fikir manusia harus seperti air, tidak kira di mana anda letakkan air, ia akan mengubah bentuknya.

“Hidup adalah perubahan yang berterusan. Mula-mula anda bujang, kemudian anda berkahwin, kemudian anda tinggal bersama seseorang,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN