Wei Chong-Kai Wun kejutkan 'DinFei'

Wei Chong-Kai Wun kejutkan ‘DinFei’

MAN Wei Chong-Tee Kai Wun ketika menentang beregu utama negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani pada aksi suku akhir Malaysia Masters 2025 di Axiata Arena, hari ini. - UTUSAN/ISKANDAR ISHAK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Beregu lelaki negara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun mencipta kejutan terbesar apabila menumbangkan pasangan No. 2 dunia, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani dalam aksi suku akhir sengit Malaysia Masters 2025, hari ini.

Pada aksi di Axiata Arena itu, pasangan ranking kelapan dunia berkenaan bangkit daripada kekalahan set pertama untuk menang 19-21, 21-7, 21-16 dalam masa 45 minit, sekali gus menempah tiket ke separuh akhir kejohanan bertaraf Super 500 itu.

Ini adalah kemenangan sulung mereka ke atas rakan senegara itu, dengan rekod pertemuan menjadi 2-1 selepas tewas di Terbuka Jerman 2022 dan Terbuka China 2024 sebelum ini.

“Kami bermain sangat bagus sebab set pertama kami leading selepas itu kalah. Set kedua dan ketiga kami masih boleh pegang balik. Itu petanda positif untuk kami,” kata Wei Chong kepada pemberita selepas perlawanan, hari ini.

GOH Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani tewas kepada Man Wei Chong-Tee Kai Wun 19-21, 21-7, 21-16 pada aksi suku akhir Malaysia Masters 2025 di Axiata Arena, hari ini. – UTUSAN/ISKANDAR ISHAK

Menanti mereka di separuh akhir esok ialah bekas juara dunia 2021 dari Jepun, Takuro Hoki-Yugo Kobayashi selepas menewaskan pasangan China No. 4 dunia, Liang Wei Keng-Wang Chang 21-10, 21-13, hari ini.

Wei Chong-Kai Wun tewas pada dua pertemuan terakhir kepada pilihan utama Jepun berkenaan 2-0 iaitu pada Kejohanan Badminton Asia 2023 serta All England 2022.

Untuk rekod, kali terakhir beregu lelaki negara menjuarai Malaysia Masters adalah menerusi Goh V Shem-Lim Khim Wah pada 2013. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN