Warga emas maut dihempap kelapa sawit

Warga emas maut dihempap kelapa sawit

LOKASI kejadian seorang lelaki warga emas yang maut selepas dihempap buah kelapa sawit Batu 7, Ijok, Bestari Jaya, Kuala Selangor, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA SELANGOR: Seorang lelaki warga emas maut dihempap buah kelapa sawit ketika bekerja di sebuah kebun di Batu 7, Ijok, Bestari Jaya di sini semalam.

Mangsa berusia 63 tahun meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera di kepala dan leher.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintenden Azaharudin Tajudin berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu daripada anak saudara mangsa pada pukul 4.05 petang.

Katanya, pemeriksaan polis yang bergegas ke lokasi kejadian kemudian mendapati lelaki itu dalam keadaan terbaring.

“Lelaki itu bagaimanapun disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Klinik Kesihatan Ijok,”

“Mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Tanjong Karang bagi proses bedah siasat,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Tambah Azaharudin, hasil bedah siasat mendapati kematian mangsa berpunca kecederaan di kepala dan leher akibat objek yang jatuh.

“Kejadian itu juga tiada berlaku sebarang unsur jenayah. Kes berkenaan diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR),” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN