Verstappen timang cahaya mata sulung sehari sebelum GP Miami

Verstappen timang cahaya mata sulung sehari sebelum GP Miami

MAX Verstappen bersama isterinya, Kelly Piquet (kanan) ketika bergambar bersama bayi perempuan mereka, Lily, semalam. - IHSAN IG MAX VERSTAPPEN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MIAMI: Juara dunia empat kali Formula Satu (F1), Max Verstappen menyambut kelahiran anak sulungnya, Lily, sehari sebelum Grand Prix (GP) Miami berlangsung.

Perkhabaran gembira itu dikongsikan Verstappen menerusi Instagram bersama beberapa gambar bersama pasangannya, Kelly Piquet dan bayi perempuan mereka, semalam.

“Selamat datang ke dunia, Lily sayang. Hati kami kini lebih penuh daripada sebelumnya. kamu adalah anugerah terhebat kami. Kami sangat menyayangimu” tulis Verstappen.

Pelumba Red Bull itu tidak menghadiri sesi promosi dan media GP Miami kerana menanti saat kelahiran puteri sulungnya itu.

Verstappen, 27, kini di kedudukan ketiga kejuaraan dunia selepas lima perlumbaan, 12 mata di belakang pendahulu, Oscar Piastri dari McLaren.

Kelly, 36, merupakan anak kepada legenda F1 Brazil, Nelson Piquet dan turut mempunyai seorang anak hasil hubungan terdahulu.

Kehadiran Lily pasti menjadi suntikan emosi buat Verstappen yang kini memburu gelaran dunia kelima musim ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya