Tang Jie-Ee Wei, Soon Huat-Shevon ke pusingan kedua

Tang Jie-Ee Wei, Soon Huat-Shevon ke pusingan kedua

CHENG Tang Jie-Toh Ee Wei mara ke pusingan kedua Terbuka Singapura hari ini. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Dua beregu campuran, Cheng Tang Jie-Toh Eee Wei dan Goh Soon Huat-Shevon Jemie Lai mara ke peringkat 16 terbaik selepas menewaskan lawan masing-masing di pusingan pertama pada Kejohanan Badminton Terbuka Singapura di Singapura, hari ini.

Beraksi di Stadium Tertutup Singapura, Tang Jie-Ee Wei yang kini menghuni ranking No. 4 dunia melakar kemenangan straight set ke atas Presley Smith-Jennie Gai dari Amerika Syarikat 21-18, 21-15 dalam masa 31 minit.

Pada pusingan kedua, pilihan ketiga itu akan bertemu beregu Taiwan, Ye Hong Wei-Nicole Gonzales Chan yang menumpaskan rakan senegara, Liu Kuang Heng-Jheng Yu Chieh 16-21, 21–16, 21-9 daam masa 39 minit.

Sementara itu, Goh Soon Huat-Shevon Jemie Lai yang diletakkan sebagai pilihan pertama turut mara ke peringkat 16 terbaik selepas menewaskan Oleksii Titov-Yevheniia Kantemyr dari Ukraine 21-11, 21-8 hanya dalam masa 21 minit.

Pasangan suami isteri itu akan bertemu sama ada gandingan Denmark, Mads Vestergaard-Christine Busch atau Feng Yan Zhe-Wei Ya Xin dari China di pusingan seterusnya.

Nasib berbeza menimpa satu lagi beregu campuran Malaysia, Wong Tien Ci-Lim Chiew Sien selepas tunduk di tangan wakil Thailand, Dechapol Puavaranukroh-Supissara Paewsampran 21-19, 19-21, 20-22 dalam masa 1 jam 1 minit. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN