JOHOR BAHRU: Datuk Seri Rafizi Ramli tewas kepada Nurul Izzah Anwar dalam pemilihan Timbalan Presiden PKR
Keputusan tidak rasmi mendapati Nurul Izzah dapat 9803 undi dan Rafizi 3866
Ini bermakna Rafizi gagal mempertahankan jawatan yang disandangnya.
Keputusan itu diumumkan oleh seorang pegawainya sebentar tadi, selain maklumat daripada sumber dalaman parti serta ejen kiraan yang enggan namanya didedahkan.
“Alhamdulillah. Kalah dah. Begitulah ceritanya,” kata Syukri Razab di media sosialnya.