Syed Saddiq ditemani Bella Astillah ke PBAKL 2025 - Utusan Malaysia

Syed Saddiq ditemani Bella Astillah ke PBAKL 2025

SYED Saddiq Syed Abdul Rahman bersama Bella Astillah ketika hadir ke PBAKL 2025 di WTCKL. - UTUSAN/NUR ATHIRAH HAYADI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kehadiran Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman bersama selebriti Bella Astillah memeriahkan suasana Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2025 yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) di sini.

Syed Saddiq ketika ditemui berkata, kehadirannya adalah bersempena pelancaran buku keduanya bertajuk Jalan Tegak

Katanya, menjadi kelaziman dirinya hadir ke PBAKL pada setiap tahun, namun situasi tahun ini sedikit berbeza kerana bersama Bella. 

“Sebelum pelancaran buku saya ini pun saya tetap akan hadir kerana saya adalah ulat buku dan saya bangga menjadi ulat buku. 

“Jangan takut menjadi ulat buku kerana suatu hari nanti pasti akan berjaya dan akan memimpin negara,” katanya.

Beliau turut menekankan kepentingan memupuk budaya membaca dalam kalangan masyarakat dan bukan hanya semasa pesta buku berlangsung.

“Kita perlu meletakkan sasaran harian, seperti berapa muka surat yang ingin dibaca, agar membaca menjadi amalan harian. Buku bukan sekadar ilmiah, kisah cinta juga boleh dijadikan bahan bacaan,” katanya.

Beliau turut bersyukur kerana buku tulisannya mendapat sambutan menggalakkan daripada peminat dan diulang cetak.

“Saya terhutang budi kepada semua pembeli, walaupun tidak membeli, tetapi saya tetap berterima kasih kepada semua terutama penerbitan dan saya berharap agar ini bukan buku terakhir akan saya terbitkan,” katanya.

Syed Saddiq juga sempat mengusik Bella supaya menerbitkan buku, memandangkan dirinya sudah memiliki dua buku. 

“Untuk menjawab soalan YB (yang berhormat), saya tidak pasti bila saya akan keluarkan buku keluaran sendiri, tetapi saya hanya mohon doa yang baik-baik daripada semua,” kata Bella. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN