Surat letak jawatan Rafizi dorong Nurul Izzah bertanding

Surat letak jawatan Rafizi dorong Nurul Izzah bertanding Timbalan Presiden PKR

PKR
PERTEMBUNGAN Rafizi Ramli dan Nurul Izzah bagi merebut jawatan Timbalan Presiden PKR,
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Calon Timbalan Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar mengesahkan spekulasi bahawa Datuk Seri Rafizi Ramli telah menyediakan sepucuk surat perletakan jawatan sebagai Menteri Ekonomi ketika mengambil cuti bulan lalu.

Menurut Nurul Izzah, beliau menerima maklumat bahawa Rafizi bukan sahaja bercuti, malah turut mengosongkan pejabatnya.

“Tatkala saya menerima berita bahawa saudara Rafizi telah mengambil cuti dan telah mengosongkan pejabatnya, saya ketika itu masih berada di India bagi menghadiri jemputan sebuah persidangan antarabangsa,” katanya.

Beliau memaklumkan bahawa pimpinan parti turut dimaklumkan mengenai kewujudan surat perletakan jawatan tersebut.

Susulan itu, Nurul Izzah berkata tindakan Rafizi menimbulkan kebimbangan dalam kalangan anggota parti terhadap potensi kekosongan dalam kepimpinan tertinggi PKR, apatah lagi selepas beberapa kekalahan di peringkat cabang yang melibatkan pemimpin-pemimpin yang sehaluan dengannya.

“Ketika itu timbul kebimbangan beliau mungkin tidak bertanding jawatan Timbalan Presiden, justeru ramai yang mula menyeru agar saya menawarkan diri bagi mengisi kekosongan itu,” katanya.

Tambahnya, desakan itu mendapat sokongan padu, dengan 201 daripada 220 cabang parti menyuarakan sokongan terhadap pencalonannya.

“Hanya pada hari terakhir penamaan calon, saudara Rafizi mengumumkan hasratnya untuk bertanding, selepas saya telah pun menyahut seruan tersebut,” katanya dalam kenyataan semalam.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN