Spurs yakin mara ke final Liga Europa

Spurs yakin mara ke final Liga Europa

ANGE POSTECOGLOU - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Pengurus Tottenham, Ange Postecoglou berkeyakinan penuh bahawa mereka boleh mara ke final Liga Europa selepas menewaskan Bodo 3-1 dalam aksi pertama suku akhir Liga Europa di laman sendiri, semalam.

Spurs meletakkan diri mereka dalam kedudukan selesa untuk mara ke final Liga Europa selepas jaringan daripada Brennan Johnson, James Maddison dan sepakan penalti Dominic Solanke memberi mereka kelebihan, sebelum Ulrik Saltnes menjaringkan gol lewat permainan.

“Ia meletakkan kami dalam kedudukan yang baik. Saya fikir para pemain sangat cemerlang. Persembahan kami menepati segala yang diperlukan iaitu pertahanan yang tersusun, tenang ketika menyerang, mencipta peluang yang baik untuk diri sendiri dan mengekalkan tekanan.

“Mereka menjaringkan gol lewat yang tidak mencerminkan dominasi kami, tetapi jika kami mengulangi persembahan itu minggu depan, ia sudah cukup untuk membawa kami mara,” katanya.

Namun, Spurs berkemungkinan kehilangan Maddison dan Solanke selepas mereka terpaksa dikeluarkan pada separuh masa kedua akibat kecederaan, tetapi Postecoglou berkata berdasarkan pemerhatian awal menunjukkan kecederaan mereka tidak serius. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya