Seramai 40 pemain muda timba ilmu bersama Nani, Brown

Seramai 40 pemain muda timba ilmu bersama Nani, Brown

PEMAIN-Pemain muda itu bergambar kenangan dengan Nani dan Wes Brown sebelum bermula sesi latihan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Seramai 40 pemain muda meraih pengalaman berharga apabila berpeluang menjalani sesi latihan bersama dua legenda Manchester United, Nani dan Wes Brown, Rabu lalu.

Peluang itu hadir menerusi klinik bola sepak ‘Back To The Roots: With Nani & Brown’ anjuran Adidas, dengan kerjasama rakan strategik global mereka, Manchester United.

Klinik bola sepak itu menghimpunkan pemain-pemain berusia antara 13 hingga 17 tahun itu yang
dipilih menerusi program pembangunan akar umbi peringkat kebangsaan, Liga Suparimau.

Lebih manis, pemain-pemain muda itu bukan saja menerima tunjuk ajar secara langsung daripada dua ikon bola sepak dunia yang pernah mencipta nama di pentas Liga Perdana Inggeris (EPL) dan Eropah, malah turut berpeluang beraksi bersama Nani dan Wes Brown.

Sesi latihan itu dikendalikan oleh Ketua Sekolah Bola Sepak Manchester United, Michael Neary yang menyusun modul intensif merangkumi latihan hantaran, ‘head tennis’ dan perlawanan mini 11 sebelah.

Pengarah Jenama Kanan Adidas Asia Tenggara, Fanny Lanctot, (kiri) bergambar bersama Wes brown dan Nani.

Pengarah Jenama Kanan Adidas Asia Tenggara, Fanny Lanctot, berkata program itu bukan sekadar sesi latihan biasa tetapi memberi satu pengalaman cukup berharga kepada mereka yang bercita-cita menjadi pemain profesional.

“Peluang untuk pemain muda ini berlatih bersama legenda Manchester United seperti Nani dan Wes Brown adalah satu pengalaman yang amat berharga.

“Mereka bukan sahaja akan mempelajari kemahiran teknikal dan strategi permainan, malah akan mendapat pendedahan tentang ketahanan mental, disiplin, dan komitmen yang diperlukan untuk berjaya dalam sukan bola sepak,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN