Semua kelab Liga Super, dua pasukan A1 mohon Lesen

Semua kelab Liga Super, dua pasukan A1 mohon Lesen Kebangsaan

Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Malaysian Football League (MFL), Mohd Shazli Shaik Mohd.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kesemua pasukan yang beraksi dalam Liga Super termasuk juara dan naib juarai Liga A1 Semi-Pro telah mengemukakan permohonan untuk mendapatkan Lesen Kebangsaan bagi saingan Liga Malaysia (Liga M) musim 2025.

ini bermakna pasukan-pasukan seperti Perak FC, Sri Pahang FC, Kedah Darul Aman (KDA) FC dan Kelantan Darul Naim (KDN) FC turut menghantar permohonan bagi mendapatkan lesen untuk beraksi dalam Liga Super musim depan.

Perkara itu disahkan oleh Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Liga Bolasepak Malaysia (MFL), Mohd. Shazli Shaik Mohd. Rossi yang menjelaskan keputusan akhir akan dimuktamadkan selepas mesyuarat First Instance Body (FIB) esok.

“Semua pasukan Liga Super dan dua pasukan Liga A1 Semi-Pro iaitu juara serta naib juara telah membuat permohonan bagi permohonan lesen kebangsaan.

“Segala keputusan hanya dan pengesahan hanya akan diketahui selepas FIB bersidang untuk membuat penilaian serta semakan pada 13 Mei ini (esok).

“Kelmarin merupakan tarikh tutup penyerahan semua dokumen bagi permohonan lesen kebangsaan.

“Hanya selepas mesyuarat itu barulah kita tahu kelab mana yang berjaya mendapatkan lesen untuk bermain dalam Liga Super,” katanya kepada Utusan Malaysia,semalam.

Permohonan lesen kebangsaan sepatutnya berakhir pada 30 April lalu, namun MFL memberikan ‘talian hayat’ dengan melanjutkan tarikh tutup permohonan untuk musim 2025/2026 kepada 10 Mei.

Pengerusi FIB, Sheikh Mohd Nasir Sheikh Mohd Sharif berkata, pihaknya menerima permohonan daripada beberapa kelab untuk melanjutkan tarikh akhir bagi memuatnaik dokumen Pelesenan Kelab.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN