Perjalanan Tang Jie-Ee Wei terhenti lagi

Perjalanan Tang Jie-Ee Wei terhenti lagi

CHEN Tang Jie-Toh Ee Wei tewas kepada beregu Taiwan, Ye Hong Wei-Nicole Chan 18-21, 18-21 pada aksi pusingan kedua Terbuka Singapura di Stadium Tertutup Singapura, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Perjalanan semula gandingan beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei dalam Jelajah Dunia Persekutuan Badminton Dunia (BWF) berakhir awal apabila terkandas di pusingan kedua Terbuka Singapura, malam tadi.

Pasangan No. 4 dunia itu tewas 18-21, 18-21 kepada beregu muda Taiwan, Ye Hong Wei-Nicole Chan dalam aksi selama 39 minit.

Ini merupakan kejohanan pertama Jelajah Dunia BWF buat Tang Jie-Ee Wei selepas perpisahan sementara mereka sejurus berakhirnya All England pada Mac lalu.

Dalam tempoh itu, Tang Jie bergandingan dengan Chan Wen Tse manakala Ee Wei berpasangan dengan Loo Bing Kun di Terbuka Taiwan dan Malaysia Masters, baru-baru ini.

Tang Jie-Wen Tse mara ke separuh akhir manakala Bing Kun-Ee Wei pula tersingkir di suku akhir Terbuka Taiwan.

Hong Wei-Nicole sebelum ini turut menewaskan Bing Kun-Ee Wei di pusingan kedua Masters Malaysia minggu lalu.

Kekalahan hari ini menutup langkah Tang Jie-Ee Wei yang disandarkan harapan tinggi untuk kembali menyinar sebagai antara pasangan utama negara.

Mereka dijadual menyertai Terbuka Indonesia pada 3 hingga 8 Jun ini dan bakal membuka kempen menentang gandingan India, Dhruv Kapila-Tanisha Crasto. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN