Mexico kekal tuan rumah F1 sehingga 2028

Mexico kekal tuan rumah F1 sehingga 2028

LITAR Autodromo Hermanos Rodriguez, Mexico City yang berada 2,200 meter dari paras laut, memberikan cabaran unik kepada pasukan F1 terutama dari aspek turbo, sistem penyejukan dan brek. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MEXICO CITY: Formula Satu (F1) akan terus menggegarkan Litar Autodromo Hermanos Rodriguez, Mexico City sekurang-kurangnya hingga tahun 2028 selepas kontrak penganjuran dilanjutkan, semalam.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) F1, Stefano Domenicali mengumumkan perjanjian itu dengan penuh bangga sambil memuji suasana luar biasa yang dicipta peminat Mexico saban tahun.

“F1 adalah tenaga, emosi dan semangat. Peminat di Mexico City mencipta antara suasana paling menakjubkan dalam kalendar perlumbaan kami,” kata Domenicali.

Datuk Bandar Mexico City, Clara Brugada pula menyifatkan bandar raya itu sebagai ‘rumah rasmi’ F1 yang memberi impak besar kepada ekonomi dan pelancongan.

“Grand Prix (GP) ini bukan sekadar sukan, ia suntikan ekonomi bernilai 21 bilion peso (RM5.75 bilion) dan menjadi lambang kebanggaan rakyat Mexico,” kata Brugada.

Mexico City, yang berada 2,200 meter (m) dari paras laut, memberikan cabaran unik kepada pasukan F1 terutama dari aspek turbo, sistem penyejukan dan brek.

Selepas ‘menghilang’ selama 23 tahun, F1 kembali ke Mexico pada 2015 dan terus menjadi antara pusingan paling digemari dalam kalendar perlumbaan.

GP Mexico tahun ini dijadual berlangsung dari 24 hingga 26 Oktober ini, dan dijangka terus memukau dengan aksi dramatik di litar bersejarah itu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya