Masalah brek hantui Hamilton

Masalah brek hantui Hamilton

LEWIS HAMLITON - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IMOLA: Pelumba Ferrari, Lewis Hamilton mengakui isu brek yang mengganggu sesi latihan keduanya menjelang Grand Prix (GP) Emilia Romagna esok merupakan masalah besar yang dihadapinya sepanjang tahun ini.

Hamilton mengadu mengenai brek sepanjang sesi latihan bebas kedua di Imola, semalam apabila pelumba dari Britain itu menyuarakan kebimbangannya melalui radio pasukan.

“Brek dalam mod pemanasan ini sangat teruk.Ia tak membrek,” kata Hamilton.

Dalam mesej radio berasingan, dia sekali lagi merungut mengenai brek: “Brek ni memang masalah. Aduh, brek ni memang masalah.

Hamilton menamatkan sesi di tempat ke-11, 0.6 saat (s) di belakang catatan masa terbaik pelumba McLaren, Oscar Piastri.

“Sesi latihan bebas pertama berjalan dengan baik. Saya benar-benar gembira dengan kereta. Rasanya seperti kami telah membuat satu langkah ke hadapan. Saya berasa sangat positif.

“Saya cuma ubah dua perkara yang sangat kecil yang sepatutnya tidak memberi kesan langsung, perubahan paling kecil saya tahun ini tetapi saya alami masalah brek yang memberi kesan besar.

“Itu menjadi satu pertempuran sepanjang sesi dan itu sebenarnya adalah masalah besar sepanjang tahun ini. Saya tak pernah alami benda macam ni sebelum ini, jadi ini sesuatu yang baharu bagi saya tahun ini,” kata Hamilton.

Hamilton mengesahkan bahawa masalah brek yang sedang dihadapi bukan disebabkan oleh penukaran daripada brek Carbon Industrie ketika bersama Mercedes kepada brek Brembo yang digunakan di Ferrari.

“Bukan. Ia bukan disebabkan pertukaran. Ia berkaitan dengan prestasi,” jelasnya.

Apabila ditanya sama ada masalah itu boleh diselesaikan, Hamilton berharap pasukannya dapat mencari jalan penyelesaian dengan segera.

“Saya rasa macam satu loteri. Kita cuba, pasang satu dan ia berfungsi, pasang yang lain dan tak berfungsi. Kita akan lihat nanti. Saya harap esok kita boleh cari penyelesaian. Kami sedang berusaha ke arah itu,” katanya. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN