MADRID: Jurulatih Real Madrid, Carlo Ancelotti berjanji bahawa pasukannya akan memberi tentangan hebat menentang pendahulu La Liga, Barcelona dalam perlawanan pertembungan El Clasico, Ahad ini. Mahu atau tidak, Real tidak mempunyai pilihan selain mencatat kemenangan ke atas Barcelona dalam usaha mereka mengurangkan jurang empat mata dengan Barcelona yang kini mengumpul 79 mata. Juara bertahan Real memperoleh kemenangan 3-2 ke atas Celta Vigo pada Ahad lalu untuk terus menghidupkan impian kejuaraan…










