Lima pemain kebangsaan teruja lawan Man. United

Lima pemain kebangsaan teruja lawan Man. United

SKUAD utama Manchester United akan terbang ke Kuala Lumpur untuk berdepan ASEAN All-Star pada 28 Mei ini.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Lima pemain skuad kebangsaan akan menyertai skuad ASEAN All-Stars menjelang aksi menentang Manchester United pada perlawanan di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 28 Mei ini.

Malaysia yang menjadi tuan rumah buat acara paling terbesar tahun ini, bakal menyaksikan pemain negara bakal berjuang bersama bintang serantau dan antarabangsa berdepan skuad kendalian Ruben Amorim.

Pemain Terengganu FC (TFC), Muhammad Azam Azmi Murad, akan menggalas tanggungjawab di posisi bek kanan dan terkenal dengan kepantasannya serta keupayaan mengubah corak permainan dari pertahanan ke serangan dengan efektif.

“Ini satu kebanggaan buat saya. Saya akan berikan yang terbaik untuk membuktikan keupayaan bola sepak Malaysia,” katanya.

Pemain sayap Penang FC, Muhammad Adib Abdul Ra’op, turut terpilih dan menyifatkan ini medan terbaik untuk pemain tempatan menunjukkan kebolehan di peringkat serantau.

Sementara itu, penjaga gol Perak FC, Muhammad Haziq Nadzli, akan mengetuai benteng terakhir pasukan dan beliau mengakui teruja dengan peluang beraksi menentang pasukan terkemuka dunia itu.

“Beraksi menentang kelab seperti Manchester United merupakan impian saya sejak kecil,” katanya.

Pertahanan KL City FC, Declan Lambert, yang juga pemain kebangsaan sejak 2022, akan mengetuai bahagian pertahanan sementara penyerang Sri Pahang FC, Sergio Aguero, melengkapkan senarai lima pemain negara.

Kesemua pemain ini akan beraksi di bawah bimbingan jurulatih Kim Sang Sik dari Korea Selatan yang sebelum ini membimbing Vietnam menjuarai Kejohanan ASEAN 2024.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN