Lamine Yamal aset terbaik Barcelona

Lamine Yamal aset terbaik Barcelona

LAMINE YAMAL - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Bekas pertahanan Manchester United, Rio Ferdinand percaya bahawa bakat muda sensasi Barcelona berusia 17 tahun, Lamine Yamal sudah pun menjadi pemain terbaik di dunia.

Yamal menyerlah dalam perlawanan mendebarkan antara Barcelona dan Inter Milan yang berakhir dengan keputusan 3-3 kelmarin apabila dia menjaringkan gol solo menakjubkan sekali gus menghidupkan semula peluang pasukannya selepas ketinggalan 2-0 dalam tempoh 21 minit pertama.

Pemain sayap itu terus menjadi ancaman kepada Inter sepanjang aksi dalam penampilan ke-100 bersama Barcelona dan Ferdinand telah memuat naik pujian kepada pemain remaja itu di platform X selepas perlawanan.

“Sebagai bakat bola sepak tulen, saya sanggup katakan bahawa Lamine Yamal berada di tahap yang berbeza berbanding mana-mana pemain dalam lima liga utama bola sepak dunia.

“17 tahun, benar-benar luar biasa,” tulis Ferdinand.

Walaupun Yamal merupakan pemain paling muda di atas padang, Barcelona sentiasa bergantung kepadanya untuk mencetuskan inspirasi dalam perlawanan separuh akhir pertama Liga Juara-Juara itu.

Dalam pada itu, Ferdinand berkata dia sangat terpegun dengan keberanian Yamal yang mengambil alih permainan dan secara konsisten mencipta peluang buat pasukannya.

“Budak ini macam main-main. Dia sedang ‘menghina’ di pentas terbesar. Setiap kali Barcelona mendapat peluang untuk menyerang, mereka terus mencari pemain paling muda dalam pasukan mereka,” katanya.

Aksi Yamal turut mendapat pujian daripada bekas pemain ternama seperti Thierry Henry, Jamie Carragher dan Micah Richards.

“Itu seakan-akan Messi. Ia seperti menonton Messi pada zaman kegemilangannya. Seluruh perlawanan seolah-olah terhenti hanya untuk melihat apa yang akan dia lakukan. Ia benar-benar menakjubkan,” kata Carragher. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya