Anak sulung Ronaldo dipanggil sertai skuad B-15 Portugal

Anak sulung Ronaldo dipanggil sertai skuad B-15 Portugal

Cristiano dos Santos (tengah) dipanggil menyertai skuad Bawah 15 tahun (B-15) Portugal buat kali pertama, Selasa lalu. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LISBON: Cristiano dos Santos, anak sulung kepada bintang bola sepak terkenal dunia, Cristiano Ronaldo, dipanggil menyertai skuad Bawah 15 tahun (B-15) Portugal buat kali pertama, Selasa lalu.

Remaja berusia 14 tahun itu, kini beraksi bersama kelab Arab Saudi, Al-Nassr, kelab yang turut disertai bapanya. Sebelum ini, anaknya pernah menjalani latihan dan bermain bersama dua bekas kelab Ronaldo iaitu Manchester United dan Juventus.

Skuad B-15 Portugal dijadualkan menyertai kejohanan remaja Vlatko Markovic yang berlangsung di Croatia bermula 13 hingga 18 Mei ini dan mereka bakal menentang pasukan dari Jepun, Greece dan England.

Ronaldo, yang kini berusia 40 tahun dan mempunyai 5 orang anak, masih aktif bersama skuad kebangsaan Portugal dan merupakan penjaring terbanyak sepanjang zaman bagi kelab gergasi Sepanyol, Real Madrid.

Penyerang Portugal itu, pernah membantu pasukannya menjulang trofi utama pertama mereka pada Euro 2016, walaupun dia terpaksa dikeluarkan awal akibat kecederaan dalam perlawanan akhir menentang Perancis. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN