Amorim gesa pemain kekal fokus

Amorim gesa pemain kekal fokus

RUBEN AMORIM - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BILBAO: Pengurus Manchester United, Ruben Amorim mengingatkan pemainnya agar tidak berasa terlalu yakin selepas menewaskan Athletic Bilbao 3-0 dalam aksi separuh akhir pertama Liga Europa, semalam.

United berada di depan menerusi jaringan Casemiro pada minit ke-30 sebelum Bruno Fernandes menjaringkan dua gol sekali gus membawa bekalan selesa ke Old Trafford dalam aksi timbal balik pada Khamis depan.

“Mereka perlu fikir tentang perlawanan kedua, dan mereka perlu lebih memikirkan tentang 20 minit pertama perlawanan ini berbanding baki permainan.

“Perlawanan itu akan menjadi sangat sukar. Tiada gol tempat lawan dan apa-apa sahaja boleh berubah, itu mesej saya kepada para pemain,” katanya.

Kemenangan tesebut memberi sedikit kelegaan kepada United yang bergelut dengan masalah prestasi dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) apabila berada di tangga ke-14 selain pemain mereka menerima kritikan hebat daripada peminat. – AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya