Presiden China lawat Malaysia atas undangan Agong

Presiden China lawat Malaysia atas undangan Agong

Manfaatkan sepenuhnya lawatan dalam membentuk hala tuju kerjasama seimbang dalam konteks geopolitik semasa dan peranan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Presiden China, Xi Jinping akan mengadakan lawatan negara ke Malaysia bermula esok hingga 17 April ini atas undangan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.

Menurut Kementerian Luar, hubungan diplomatik Malaysia dan China terjalin sejak 31 Mei 1974 dan meraikan ulang tahun ke-50 penubuhan hubungan diplomatik pada tahun lalu  dengan hubungan dua hala yang kukuh.

Katanya, lawatan ini merupakan sebahagian daripada siri pertama lawatan negara pada tahun ini selepas lawatan terakhir ke Malaysia pada tahun 2013.

“Kedua-dua negara telah menaik taraf hubungan diplomatik kepada Perkongsian Strategik Komprehensif.

“Semasa lawatan negara kali ini, Xi akan disambut dengan istiadat sambutan negara dan diikuti dengan kunjungan menghadap ke atas Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara.

“Seri Paduka Baginda juga berkenan meraikan Xi dan delegasi dalam satu majlis santapan negara,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Xi turut dijadual mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim  untuk berbincang mengenai kerjasama dua hala serta bertukar-tukar pandangan mengenai isu-isu serantau dan antarabangsa berkepentingan bersama.

Katanya, kedua-dua pemimpin seterusnya akan menyaksikan pertukaran Memorandum Persefahaman, Perjanjian, dan Nota antara Malaysia dengan China.

“Anwar akan turut menghoskan satu majlis makan malam rasmi di Kompleks Seri Perdana untuk meraikan Xi.

“Sebagai Pengerusi ASEAN dan Negara Penyelaras bagi Hubungan Dialog ASEAN-China, Malaysia kekal komited untuk memajukan Perkongsian Strategik Komprehensif antara ASEAN dan China melalui dialog, kesalingpercayaan, dan inisiatif yang membawa manfaat kepada rakyat ASEAN dan China,” katanya.

Selama 16 tahun berturut-turut sejak tahun 2009, China merupakan rakan dagang terbesar Malaysia dengan jumlah dagangan antara Malaysia dan China bernilai RM484.12 bilion pada tahun 2024.

Ia menyumbang kepada 16.8 peratus nilai perdagangan global Malaysia (RM2.879 trilion). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya