Polis siasat perselisihan faham babit isteri dan bekas isteri pempengaruh

Polis siasat perselisihan faham babit isteri dan bekas isteri pempengaruh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis menerima laporan berkaitan perselisihan faham membabitkan isteri seorang pempengaruh dan bekas isterinya sehingga mendatangkan kecederaan dalam kejadian di sebuah rumah di Taman Melawati dekat sini kelmarin. 

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd. Azam Ismail berkata, pihaknya menerima laporan daripada pengadu yang merupakan isteri kepada pempengaruh terbabit pada hari kejadian, Isnin lalu. 

Katanya, kejadian dipercayai berlaku pada pukul 3.15 petang apabila suami pengadu mengizinkan bekas isterinya mengambil barang-barang miliknya di rumahnya. 

“Suami pengadu juga telah menetapkan syarat hanya berada di tingkat bawah sahaja dan tidak boleh naik di tingkat satu dan tingkat dua.

“Bagaimanapun, bekas isteri suami pengadu telah naik ke tingkat satu menyebabkan pengadu cuba menghalang. 

“Kejadian itu menyebabkan berlaku pergelutan antara pengadu dengan bekas isteri tersebut yang turut dilihat kakak ipar dan adik ipar wanita itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, kedua-dua  pihak telah membuat laporan polis pada Isnin lalu dan siasatan telah dijalankan ke atas kedua-dua laporan terbabit. 

Jelasnya, susulan kejadian terbabit, pengadu dan bekas isteri pempengaruh mendakwa mengalami kecederaan ringan. 

“Tiada sebarang tangkapan dan rampasan dilakukan dan kes disiasat bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana mencederakan orang dengan sengaja tanpa senjata,” katanya. 

Sebelum ini tular video membabitkan perselisihan faham membabitkan pempengaruh terkenal, Cik Epal serta bekas suaminya, Jofliam serta isteri baharu lelaki terbabit iaitu Dewi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya