Nadal bakal dirai di Terbuka Perancis

Nadal bakal dirai di Terbuka Perancis

RAFAEL NADAL - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Bekas pemain No. 1 dunia, Rafael Nadal bakal diberi penghormatan dalam satu majlis khas di Terbuka Perancis, menurut pengarah kejohanan, Amelie Mauresmo.

Legenda tenis dari Sepanyol itu, yang sudah bersara pada November lalu telah memenangi 14 daripada 22 gelaran Grand Slam miliknya di Roland Garros.

Tiada pemain lain yang pernah memenangi gelaran perseorangan sebanyak itu dalam sesebuah kejohanan Grand Slam seperti Nadal di Terbuka Perancis malah pemain berusia 38 tahun itu meraih gelaran Grand Slam terakhirnya di sana pada 2022.

Mauresmo berkata satu majlis akan diadakan di Court Philippe Chatrier pada hari pertama kejohanan, 25 Mei ini.

“Rafa mencipta sejarah di Roland Garros dan 14 gelarannya mungkin tidak akan dapat ditandingi. Ideanya adalah untuk melihat ke hadapan dan juga meraikan mereka yang telah menghiburkan kita pada masa lalu,” kata Mauresmo.

Penganjur turut bakal memberi penghormatan kepada Richard Gasquet yang akan bersara dan juara 2000, Mary Pierce.

Terbuka Perancis merupakan kejohanan Grand Slam kedua tahun ini dan akan berlangsung dari 25 Mei hingga 8 Jun dengan hadiah kemenangan telah meningkat sebanyak 5.21 peratus menjadikannya 56.3 juta euro (RM 284.07 juta).

Dalam pada itu, Presiden Persekutuan Tenis Perancis, Gilles Moretton berkata kejohanan tersebut tidak akan menggantikan penjaga garisan dengan sistem panggilan garisan elektronik.

Terbuka Perancis adalah satu-satunya daripada empat kejohanan utama yang masih mengekalkan penjaga garisan, dengan Wimbledon mula menggunakan sistem panggilan elektronik tahun ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya