Martin sudah keluar hospital

Martin dibenarkan keluar hospital

JORGE MARTIN - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LUSAIL: Aprilia mendapat perkhabaran berita gembira mengenai keadaan terkini Jorge Martin yang sebelum ini terlibat dalam kemalangan di MotoGP Qatar.

Penyandang juara MotoGP itu telah dimasukkan ke hospital sejak insiden menakutkan itu pada hujung minggu lalu yang mengakibatkan Martin mengalami 11 keretakan pada tulang rusuk dan cedera pada peparu.

Bagaimanapun, pelumba 27 tahun itu dibenarkan keluar daripada hospital selepas keadaan Martin dilaporkan sudah stabil.

“Jorge telah dibenarkan keluar dari Hospital Umum Hamad dan akan kekal di Qatar selama beberapa hari lagi sehingga keadaannya stabil.

“Sebaik sahaja keadaannya mengizinkan, penerbangan dengan bantuan perubatan akan diatur untuk membawanya pulang ke Eropah,” kata Aprilia dalam satu kenyataan.

Martin menerima rawatan terhadap peparunya sepanjang minggu ini dan tiada tempoh masa ditetapkan untuk dia kembali beraksi namun yang pasti pelumba dari Sepanyol itu bakal terlepas beberapa lagi siri perlumbaan MotoGP.

Martin telah terlepas tiga pusingan pertama musim 2025 akibat kecederaan berasingan.

Pada mulanya dia mengalami kecederaan di kakinya akibat terjatuh semasa ujian pramusim hari pertama, ketika sedang menyesuaikan diri dengan jentera baharu selepas berpindah pasukan dari Ducati menyertai Aprilia.

Kemudian, satu lagi kemalangan beberapa hari sebelum perlumbaan pertama menyebabkan kecederaan pada tulang di tangannya, yang menyebabkan dia tidak dapat beraksi sehingga perlumbaan di Qatar.

Namun, kepulangan Martin telah musnah akibat terjatuh dalam grand prix tersebut apabila dia terjatuh di selekoh ke-12 sebelum dilanggar oleh pelumba Pertamina, Fabio di Giannantonio. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya