Buat laporan samun palsu elak didenda hilang Mykad

Buat laporan samun palsu elak didenda hilang Mykad

ABDUL ROZAK MUHAMMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN : Sebanyak lima laporan polis berhubung kejadian samun palsu telah diterima oleh ibu pejabat polis daerah (IPD) Timur Laut sehingga 31 Mac lalu. 

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Abdul Rozak Muhammad berkata, siasatan mendapati, laporan-laporan itu dibuat semata-mata untuk mengelak daripada didenda selepas kad pengenalan pengadu hilang akibat kecuaian diri sendiri.

“Polis memandang serius trend tidak sihat ini dan menegaskan bahawa tindakan membuat laporan palsu adalah satu kesalahan jenayah.

“Justeru, orang ramai diingatkan supaya tidak membuat laporan palsu dalam apa juga keadaan kerana ia merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 182 Kanun Keseksaan,” katanya.

Tambah Abdul Rozak, sabit kesalahan, individu terbabit boleh dikenakan hukuman penjara sehingga enam bulan atau denda tidak melebihi RM2,000, atau kedua-duanya sekali. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya