Empat hektar Hutan Simpan Sungai Kelambu terbakar

Empat hektar Hutan Simpan Sungai Kelambu terbakar

Hutan Simpan Sungai Kelambu
KAWASAN seluas kira-kira empat hektar Hutan Simpan Sungai Kelambu terbakar, dekat Banting, di Kuala Langat, Selangor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LANGAT: Kawasan hutan simpan seluas kira-kira empat hektar berdekatan Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Kelambu, Banting, di sini, terbakar.

Penolong Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, kejadian tersebut berlaku semalam, namun operasi pemadamannya dilakukan hari ini apabila tiada sumber air dan akses ke lokasi.

Katanya, bomba bomba menerima panggilan pada pukul 12.43 tengah hari semalam dan menggerakkan sepasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Banting ke tempat kejadian.

“Komander operasi melaporkan kebakaran melibatkan hutan simpan anggaran keluasan 10 ekar (empat hektar). Pasukan bertugas hadir melakukan pemantauan dan perbincangan bersama pegawai zon untuk operasi pemadaman.

“Pihak Jabatan Perhutanan Negeri Selangor (JPNS) dimaklumkan dan akan menghantar bantuan excavator serta mengaktifkan tiub well berhampiran lokasi kebakaran,” katanya kepada pemberita, malam tadi.

Tambahnya, turut terlibat dalam operasi tersebut termasuk tiga dari JPNS dan dua anggota Skuad Pantas Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN