Berazam bangkit kembali selepas diuji peristiwa letupan paip gas

Berazam bangkit kembali selepas diuji peristiwa letupan paip gas

vaMohd.Najwan (dua dari kanan) bersama Ketua Pegawai Eksekutif Menteri Besar Selangor Pemerbadanan (MBI), Datuk Ts. Saipolyazan M. Yusop (kanan) dan Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Hijrah Selangor, Datuk Mearia Hamzah (kiri) bergambar bersama Mohd.Khairul Amin (tiga dari kanan) dan Azrim (dua dari kiri) pada Majlis Aidilfitri Bersama Usahawan bertemakan "Ikatan Lebaran, Bersama Diraikan" di Petals Event Space, Seksyen 7, Shah Alam di sini hari ini. - UTUSAN/Saddam Yusoff
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Mangsa letupan paip gas Putra Height, Subang Jaya dari Kampung Kuala Sungai Baru, Mohd. Khairul Amin Mohd.Rashid, 38, berazam bangkit kembali membangunkan perniagaan yang musnah akibat kejadian yang berlaku pada Hari Aidilfitri kedua lalu.

Beliau yang mengusahakan perniagaan kanopi, sewaan pengangkutan dan kedai makan berkata, beliau lebih banyak menyendiri dan memantau keadaan ibunya, Yatimah Mohd.Noor, 69, yang masih dirawat akibat melecur di beberapa bahagian tubuh di Hospital Putrajaya.

“Bukan mudah untuk saya pulih dari trauma dalam masa yang singkat. Baru sekarang saya mempunyai kekuatan untuk berhadapan dengan orang ramai.

“Ada pihak media yang cuba menghubungi untuk temuramah selepas beberapa hari kejadian yang tidak diduga itu berlaku. Namun saya tiada kekuatan untuk berkongsi,”katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Aidilfitri Bersama Usahawan Hijrah Selangor di Seksyen 7 di sini hari ini.

Terdahulu beliau dan seorang lagi usahawan, Azrim Shaari,52, menerima bantuan Inisiatif Kasih Hijrah sebanyak RM2,000 seorang daripada Exco Pembangunan Belia & Kemajuan Sukan, Pemberdayaan Usahawan & Ekonomi Kreatif, Pengurusan Bencana Selangor, Mohd. Najwan Mohd. Halimi.

Sementara itu, Azrim dari Kampung Tengah berkata, beliau mengalami kerugian lebih RM15,000 selepas rumah, kenderaan dan barangan rumah rosak akibat kejadian tersebut.

“Anak-anak jadi takut. Mereka tidak mahu lagi tinggal di rumah itu. Saya pun masih fikir macam mana hendak mulakan semula.

“Sebagai peniaga alat pemadam kebakaran kesemua produk perniagaan berada di pejabat di Rimbayu. Cuma masalah pada saat ini bagaimana dan kepada siapa tuntutan kerugian hendak disalurkan,”ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya