Azeem catat rekod terbaik musim 2025 di AS

Azeem catat rekod terbaik musim 2025 di AS

MUHAMMAD Azeem Fahmi mengungguli Kejohanan Olahraga Tiger Track Classic menerusi acara 100 meter (m) di Auburn, Amerika Syarikat (AS), hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Raja pecut negara, Muhammad Azeem Fahmi, terus mempamerkan taringnya apabila memperbaharui catatan terbaik musim 2025 di Amerika Syarikat (AS), hari ini.

Mewakili Universiti Auburn, Azeem menjuarai acara 100 meter (m) Kejohanan Olahraga Tiger Track Classic di Auburn dengan catatan 10.28 saat (s).

Pelari berusia 20 tahun itu mengetepikan dua wakil Georgia, Brody Buffington (10.29s) dan Micah Larry (10.32s) dalam saingan sengit yang berakhir di garisan penamat.

Kemenangan itu bukan sahaja melonjakkan semangat Azeem, malah membuktikan dia berada di landasan tepat untuk mencapai prestasi terbaik tahun ini.

Sebagai rekod, Azeem merupakan pemegang rekod 100m kebangsaan dengan masa 10.09s yang dilakukannya di Kejohanan Olahraga Remaja Dunia di Cali, Colombia pada 2022. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya