Sivasangari, Aifa akhiri cabaran Malaysia di Terbuka Australia

Sivasangari, Aifa akhiri cabaran Malaysia di Terbuka Australia

S. Sivasangari tewas kepada Rowan Elaraby dari Mesir pada suku akhir Terbuka Australia di Brisbane, Australia, hari ini. - Ihsan PSA Squash
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Cabaran Malaysia pada Kejohanan Skuasy Terbuka Australia di Brisbane, Australia, berakhir selepas dua wakil negara, S. Sivasangari dan Aifa Azman terkandas di suku akhir, hari ini.

Sivasangari yang menghuni ranking No. 7 dunia berusaha menghadirkan tentangan sengit ke atas Rowan Elaraby dari Mesir, namun, dia akhirnya tewas 9-11, 6-11, 11-7, 11-6, 5-11 dalam permainan yang berlanjutan selama lebih sejam.

Kekalahan itu kali kedua berturut-turut menimpa anak jati Sungai Petani, Kedah tersebut selepas Sivasangari turut kalah di tangan lawan sama pada suku akhir Terbuka New Zealand, minggu lepas.

Sementara itu, seorang lagi wakil negara, Aifa Azman bukan tandingan jaguh No. 5 dunia, Tinne Gilis dari Belgium apabila dia kecundang straight set 0-11, 4-11, 5-11 hanya dalam masa 23 minit.

Terdapat jurang kualiti yang dimiliki antara kedua-dua pemain dan Aifa seharusnya mengutip kekalahan itu sebagai pengalaman yang mampu meningkatkan prestasinya pada masa akan datang.

Begitu juga Sivasangari, pemain berusia 26 tahun itu perlu mencari jalan bagaimana untuk membenam secara konsisten pencabar-pencabarnya yang berada di dalam kelompok 10 terbaik dunia.

Sesekali mencipta kejutan, tidak memadai buat Sivasangari dan Aifa yang berada di dalam program Road To Gold (RTG).

Bukan setakat Sivsangari dan Aifa, malah, dua lagi pemain Malaysia iaitu Aira Azman dan Ng Eain Yow yang turut diserapkan ke dalam RTG perlu memperbaiki persembahan masing-masing pada pertandingan yang bakal disertai kelak.

Mereka mesti mencari jalan bagaimana untuk menang secara konsisten kerana segala kemudahan telahpun disediakan di dalam program RTG. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya