Piala Negara-negara: Izzah tewas kepada Sato

Piala Negara-negara: Izzah tewas kepada Sato

NURUL Izzah Izzati Mohd Asri gagal ke suku akhir acara pecut individu wanita selepas tewas kepada pelumba Jepun, Mina Sato pada aksi 1/16 pada Piala Negara-negara di Konya, Turkiye, semalam. - UTUSAN/AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelumba trek negara, Nurul Izzah Izzati Mohd Asri terpaksa akur apabila gagal mara ke suku akhir acara pecut individu wanita di Kejohanan Piala Negara-Negara yang berlangsung di Konya, Turkiye, malam tadi.

Pada pusingan 1/16, Izzah berdepan cabaran sengit menentang juara dunia keirin 2024 dari Jepun, Mina Sato.

Walaupun pernah menewaskan Sato dalam Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) 2025 bulan lalu, kali ini pelumba berusia 21 tahun itu tidak dapat mengulangi kejayaan yang sama.

Sato yang lebih bertenaga mencatat 11.115 saat (s) untuk menempah tiket ke suku akhir.

Namun begitu, Izzah tetap mencuri tumpuan apabila sekali lagi memecahkan rekod kebangsaan dalam acara pecut individu dengan catatan 10.578s pada pusingan kelayakan, meletakkannya di kedudukan ke-18 daripada 35 pelumba.

Mengikut format kejohanan, hanya empat pelumba terbaik dari pusingan kelayakan mara terus ke pusingan 1/8, manakala pelumba di kedudukan kelima hingga ke-28 perlu berentap di pusingan 1/16.

Untuk rekod, Izzah  memecahkan rekod kebangsaan miliknya sendiri dengan catatan masa 10.685 di Velodrom Nasional Nilai pada kejohanan ACC 2025.

Izzah kini mengalihkan fokus ke pusingan pertama acara keirin wanita, di mana beliau dijadualkan turun beraksi dalam, saringan keenam pada pukul 4.30 petang ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya