NAMA Pasar Bisik mungkin tidak perlu diperkenalkan lagi dalam kalangan warga utara Semenanjung khususnya mereka yang tinggal Pulau Pinang dan Kedah. Malah, keunikan pasar basah itu juga sudah menjadi bualan penduduk di negeri lain yang tidak melepaskan peluang untuk singgah ke situ jika berkesempatan. Terletak di sempadan antara Pulau Pinang dan Kedah, Pasar Bisik sebenarnya boleh diakses di kedua-dua negeri dengan jarak kurang satu kilometer (km) yang dipisahkan oleh Sungai…











