TEL AVIV: Menteri Kewangan Israel berhaluan kanan ekstrem, Bezalel Smotrich menyifatkan perjanjian gencatan senjata antara Israel dan Hamas sebagai ‘buruk dan berbahaya’. Menerusi satu hantaran dalam media sosial X, Smotrich menegaskan syarat jelas untuk mereka kekal dalam Kerajaan adalah kepastian mutlak untuk kembali berperang dengan kekuatan besar. Perjanjian tersebut, yang dijangka berkuat kuasa pada 19 Januari ini, dibincangkan dalam mesyuarat kerajaan Israel, semalam. Bagaimanapun, Smotrich dan seorang lagi Menteri berhaluan…











