Gencatan senjata hampir muktamad - Utusan Malaysia

Gencatan senjata hampir muktamad

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) yakin perjanjian gencatan senjata di Gaza dan pembebasan tebusan semakin hampir dicapai menjelang pertukaran pentadbiran baharu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Penasihat Keselamatan Negara Rumah Putih, Jake Sullivan berkata, rundingan yang masih berlangsung itu berpotensi dimuktamadkan pada minggu terakhir pentadbiran Presiden AS, Joe Biden.

“Kita hampir mencapai perjanjian dan ia boleh diselesaikan minggu ini.

“Saya tidak memberi jaminan atau membuat ramalan, tetapi perjanjian itu boleh dicapai dan kami akan berusaha untuk merealisasikannya,” kata Sullivan kepada pemberita.

Biden bercakap dengan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu pada Ahad lalu, dan menghubungi pemerintah Qatar yang bertindak sebagai pengantara, Sheikh Tamim Hamad Al-Thani kelmarin, ketika rundingan semakin ke kemuncak.

Pemimpin AS itu berusaha mencapai perjanjian antara Israel dan pejuang Hamas, sebelum beliau meninggalkan jawatan pada 20 Januari untuk menyerahkan pentadbiran kepada Donald Trump.

Sullivan berkata, beliau kini lebih optimis mengenai kemungkinan perjanjian itu dicapai berbanding sebelumnya, sejak perang Gaza tercetus.

Kemajuan dicapai dalam beberapa isu, termasuk formula pertukaran tebusan yang ditawan Hamas dan tahanan Palestin di penjara Israel, serta kedudukan pasukan rejim akan diatur di Gaza, katanya.

Sullivan mendakwa, kemajuan itu berlaku kerana Israel mencapai objektif ketenteraannya di Gaza, manakala Hamas mengalami kerugian besar.

“Apabila anda gabungkan kedua-dua faktor ini, kami percaya masa yang tepat akan tiba untuk menamatkannya dan mencapai perjanjian,” katanya.-AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN