GAZA: Selepas 15 bulan berperang, Israel dan Hamas akhirnya bersetuju dengan perjanjian gencatan senjata di Gaza yang akan berkuat kuasa pada Ahad, dengan langkah pelaksanaan antara kedua-dua pihak sedang diteruskan. Perdana Menteri Qatar, Sheikh Mohammed Abdulrahman Jassim Al Thani berkata, perjanjian itu termasuk gencatan senjata sementara yang akan menamatkan kemusnahan ke atas Gaza serta pembebasan tebusan yang ditahan di wilayah itu sebagai pertukaran kepada tahanan Palestin yang diambil Israel. Perjanjian…










