Biden, Netanyahu bincang usaha capai gencatan senjata Gaza

Biden, Netanyahu bincang usaha capai gencatan senjata Gaza

ASAP berkepul-kepul selepas pengeboman Israel di Rafah, selatan Gaza, tahun lalu. -AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEL AVIV: Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dan Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden berbincang mengenai usaha untuk mencapai gencatan senjata dan perjanjian pembebasan tebusan dalam perang menentang Hamas di Gaza.

Usaha itu dibuat berikutan desakan yang semakin meningkat untuk mencapai perjanjian sebelum Presiden terpilih, Donald Trump mengambil alih jawatan minggu depan.

Rundingan yang diusahakan sepanjang tahun lalu oleh AS, Mesir dan Qatar berulang kali terhenti pada saat-saat akhir apabila mereka kelihatan hampir mencapai perjanjian. 

Namun, dalam beberapa hari kebelakangan ini, pegawai AS menyatakan harapan untuk memeterai perjanjian.

Panggilan telefon Ahad lalu antara Biden dan Netanyahu dibuat ketika Ketua Agensi Perisikan Asing Mossad Israel, David Barnea dan Penasihat Atasan Asia Barat Biden, Brett McGurk, kedua-duanya berada di ibu kota Qatar, Doha. 

Kehadiran Barnea, disahkan oleh pejabat Netanyahu, bermakna pegawai peringkat tinggi Israel yang perlu menandatangani sebarang perjanjian kini terlibat dalam perbincangan.

Penasihat Keselamatan Negara Biden, Jake Sullivan memberitahu CNN, McGurk sedang mengusahakan butiran akhir teks yang akan dibentangkan kepada kedua-dua pihak tetapi enggan meramalkan sama ada perjanjian boleh dicapai pada 20 Januari ini.

Setiausaha Negara AS, Antony Blinken berkata, minggu ini perjanjian sudah ‘sangat hampir’ dan beliau berharap untuk menyelesaikannya sebelum menyerahkan diplomasi kepada pentadbiran Trump yang akan datang.

Perbincangan terkini melibatkan gencatan senjata secara berperingkat, dengan Netanyahu memberi isyarat beliau hanya komited pada fasa pertama yang melibatkan pembebasan sebahagian tebusan sebagai pertukaran untuk menghentikan pertempuran selama beberapa minggu.

Hamas telah mendesak pengunduran sepenuhnya tentera Israel dari wilayah yang sebahagian besarnya musnah, tetapi Netanyahu berkeras mahu memusnahkan keupayaan Hamas untuk berperang di Gaza.

Isu dalam rundingan itu termasuk tebusan mana yang akan dibebaskan dalam bahagian pertama perjanjian gencatan senjata berperingkat dan identiti tahanan yang Palestin akan dilepaskan dan sejauh mana pengunduran tentera Israel dari pusat penduduk di Gaza.

Keluarga kira-kira 100 tebusan yang masih ditahan di Gaza mendesak Netanyahu segera mencapai perjanjian untuk membawa orang tersayang mereka pulang. 

Penduduk Israel kembali berhimpun malam Sabtu lalubdi bandar Tel Aviv, dengan gambar tebusan dipamerkan.

Di Gaza, rakyat Palestin meredakan harapan mereka untuk menghentikan kempen Israel, yang sudah meragut lebih 46,000 nyawa dan mengusir lebih 80 penduduk dari rumah mereka.

“Kami mendengar terdapat rundingan setiap hari, tetapi kami tidak melihat apa-apa. Apabila kita melihatnya di lapangan,barulah kita percaya bahawa ada gencatan senjata,” kata seorang penduduk, Mazen Hammad di bandar selatan Khan Younis. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN