Zii Jia alami kecederaan, diusung keluar guna kerusi roda

Zii Jia alami kecederaan, diusung keluar guna kerusi roda

Lee Zii Jia menarik diri daripada Kejohanan Badminton Kumamoto Masters yang berlangsung di Jepun minggu depan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pemain perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia menarik diri daripada perlawanan menentang pemain China, Li Shi Feng berikutan mengalami kecederaan pada aksi terakhir peringkat kumpulan A Jelajah Dunia Akhir BWF 2024, sebentar tadi.

Meskipun layak ke separuh akhir, Zii Jia turun menentang Shi Feng bagi melengkapkan perlawanan kumpulan A sebelum berentap di peringkat kalah mati kejohanan berkenaan.

Anak jati Alor Setar, Kedah itu berjaya memenangi set pertama 22-20 dan pada set kedua ketika beliau mendahului 13-5 pada set kedua, beliau mengalami kecederaan dan meminta pengadil untuk mendapatkan tempoh rehat bagi mendapatkan rawatan.

Bagaimanapun, Zii Jia meneruskan permainan sehingga mata mendahulu 15-11 sebelum beliau memutuskan untuk menarik diri. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN