Tiga maut bas terjunam dalam tasik di Norway - Utusan Malaysia

Tiga maut bas terjunam dalam tasik di Norway

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

OSLO: Seramai tiga maut dan empat lagi cedera parah selepas sebuah bas yang membawa pelancong asing terjunam ke dalam tasik di di utara Norway.

Kemalangan yang melibatkan 58 orang itu, berlaku berhampiran Selat Raftsundet yang memisahkan Kepulauan Lofoten dengan Norway, pada Khamis.

Kepulauan Lofoten merupakan destinasi popular untuk pelancong yang ingin menyaksikan cahaya utara pada musim sejuk.

“Kebanyakan penumpang dalam bas tersebut adalah warga asing.

“Keadaan cuaca di kawasan tersebut sangat buruk yang menyukarkan operasi menyelamat.

“Keutamaan sekarang adalah untuk merawat mangsa yang cedera dan satu siasatan akan dijalankan bagi mencari punca sebenar kejadian,” kata Pegawai Polis Nordland, Bent Are Eilertsen.

Polis mengesahkan penumpang yang berada di dalam bas tersebut berasal dari lapan negara iaitu dari China, Perancis, India, Malaysia, Belanda, Norway, Singapura dan Sudan Selatan.

Jelasnya, beberapa penumpang yang berjaya diselamatkan dibawa ke sebuah sekolah tempatan, manakala tiga lagi dihantar ke hospital dengan helikopter.

Pasukan penyelamat menghadapi cabaran di lokasi kejadian, termasuk cuaca buruk yang menyukarkan operasi helikopter.

Pihaknya turut menghadapi kesukaranuntuk menghubungi ahli keluarga mangsa kerana ketiadaan senarai penumpang lengkap dan pelbagai negara yang terlibat -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN