Presiden Jerman umum Parlimen bubar - Utusan Malaysia

Presiden Jerman umum Parlimen bubar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BERLIN: Presiden Jerman, Frank-Walter Steinmeier mengumumkan pembubaran Parlimen hari ini dan menetapkan 23 Februari depan sebagai tarikh pilihan raya umum awal.

Memuatkan artikel berkaitan…

Langkah itu diambil berikutan kejatuhan Kerajaan Canselor, Olaf Scholz bulan lalu, yang runtuh akibat konflik dalaman mengenai cara untuk menghidupkan semula ekonomi terbesar di Eropah itu.

Kekacauan politik ini semakin rumit dengan insiden serangan kereta di Pasar Krismas minggu lalu, yang membangkitkan semula perdebatan mengenai keselamatan dan imigresen di negara tersebut.

Steinmeier, dalam pengumumannya, menekankan keperluan untuk ‘kestabilan politik’ di Jerman dan menggesa agar pilihan raya yang akan datang diadakan dengan penuh hormat dan budi pekerti.

Beliau secara khusus menyeru kempen yang adil dan telus serta memberi amaran mengenai bahaya ancaman pengaruh asing, terutamanya di platform media sosial X, yang dimiliki oleh Elon Musk.

Jelasnya lagi, kempen pilihan raya perlu bebas daripada kebencian, keganasan dan intimidasi dengan menggambarkan tindakan tersebut sebagai merosakkan demokrasi.-AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN