Lelaki simbah asid pada anak tiri akibat cemburu buta dengan isteri

Lelaki simbah asid pada anak tiri akibat cemburu buta dengan isteri

maut
JENAYAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Seorang lelaki didakwa melakukan penderaan terhadap dua anak tiri sehingga menyebabkan seorang daripada mangsa maut.

Memuatkan artikel berkaitan…

Suspek berusia 49 tahun ditangkap Unit Siasatan Jenayah Polis Lhokseumawe, Indonesi, di sebuah pondok kebun getah di Dusun Alue Garot, Gampong Teupin, Kabupaten Sawang, Aceh Utara.

Ketua Polis Lhokseumawe, Henki Ismanto berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung keberadaan suspek yang disyaki bersembunyi di lokasi terpencil.

Suspek didakwa menyimbah asid sulfurik terhadap dua anak tirinya berusia 13 dan 16 tahun sehingga menyebabkan seorang daripada mereka meninggal dunia.

“Akibat tindakan pelaku, mangsa berusia 13 tahun meninggal dunia selepas dirawat di unit rawatan rapi di Hospital Zainoel Abidin Banda Aceh, manakala seorang lagi mangsa masih kritikal,” kata Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis, Inspektor Yudha Prasatya.

Menurut polis, perbuatan kejam suspek dipercayai berpunca daripada sakit hati dan cemburu buta terhadap isterinya.

Polis turut merampas bahan bukti termasuk barangan yang terdedah kepada cecair asid sulfurik yang digunakan oleh suspek. 

Perbuatan suspek diklasifikasikan sebagai jenayah berat dan didakwa di bawah Perkara 76C bersama Perkara 80 Undang-Undang Nomor 35 Tahun 2014 berkaitan perlindungan anak, yang boleh berdepan hukuman penjara sehingga 20 tahun.

Sehingga kini, suspek masih ditahan di lokap polis Lhokseumawe untuk prosiding undang-undang selanjutnya.– AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN