TEBING BARAT: Tinjauan bancian 2022 mendapati terdapat kira-kira 172,000 rakyat Palestin-Amerika tinggal di Amerika Syarikat (AS) dengan ramai dari negeri penentu atau swing state seperti Michigan dan Pennsylvania. Bagaimanapun, menjelang Pilihan Raya Presiden AS, hati mereka berbolak-balik, malah ada yang merancang untuk tidak keluar mengundi kerana yakin tiada perubahan yang akan berlaku di negara asal mereka. Situasi itu turut membelenggu usahawan Palestin-Amerika, Jamal Zaglul. Seperti pemegang pasport AS lain yang…










