KYIV: Serpihan dron Russia yang musnah mencetuskan kebakaran di kawasan taman dan rumput di Kyiv, susulan serangan ketiga Moscow terhadap bandar itu.
Datuk Bandar Kyiv, Vitali Klitschko dalam aplikasi Telegram berkata, pasukan kecemasan dihantar ke tempat kejadian.
Serpihan dron itu menyebabkan kebakaran di taman Muromets di daerah Desnianskyi di timur laut Kyiv, selain turut mengakibatkan beberapa rumput terbakar di tambak Sungai Dnipro di seberang taman itu.
Bagaimanapun, tiada maklumat segera mengenai kemungkinan kecederaan, lapor Reuters.
Saksi Reuters mendengar letupan di Kyiv yang kedengaran seperti operasi unit pertahanan udara.
Operasi itu susulan serangan Russia kelmarin, yang merosakkan bangunan dan talian elektrik di bandar berkenaan.
Reuters melaporkan, serangan bom berpandu Russia pada Ahad terhadap bandar timur laut Kharkiv menyebabkan beberapa orang cedera.
Sejak Ogos, Russia meningkatkan serangannya terhadap Ukraine, yang didakwa Kyiv sebagai usaha Moscow untuk memusnahkan infrastruktur kritikal negara semasa musim sejuk.










