LONDON: Seorang remaja warga Malaysia berdepan hukuman penjara seumur hidup atas kesalahan menyerang dua pelajar di United Kingdom (UK) dengan menggunakan tukul, tahun lalu. Lapor Daily Mail, tertuduh, Thomas Wei Huang, 17, dikatakan mempelajari tindakan sedemikian selepas melakukan penyelidikan secara dalam talian mengenai pembunuhan bersiri dan kaedah membunuh. Hakim Johannah Cutts berkata, Wei Huang merancang serangan terlebih dahulu dan remaja itu mengetahui akibat yang boleh membawa maut kesan daripada tindakannya.…










