PASIR PUTEH: Empat beranak yang tinggal di pesisir Pantai Bisikan Bayu Semerak di sini hidup dalam keresahan semasa musim tengkujuh apabila sebahagian rumah mereka pecah dan bergegar akibat dihempas ombak besar sejak seminggu lalu. Keadaan itu menyebabkan rumah Chik Amat Ismail, 43, hampir roboh akibat hakisan dan ombak besar ketika air laut pasang besar terutamanya pada waktu malam. Chik Amat berkata, situasi yang sama dialami mereka sekeluarga setiap kali tibanya…










