Raja Salman jalani ujian kesihatan akibat radang paru-paru

Raja Salman jalani ujian kesihatan akibat radang paru-paru

Raja Arab Saudi, Raja Salman bin Abdulaziz Al-Saud.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RIYADH: Raja Arab Saudi, Raja Salman, 88, menjalani ujian kesihatan akibat masalah radang paru-paru, menurut laporan Agensi Berita Arab Saudi (SPA) yang memetik kenyataan Istana Diraja.

Kenyataan ringkas itu bagaimanapun tidak memberikan butiran lanjut mengenai keadaan kesihatan baginda.

Raja Salman, yang memerintah negara pengeksport minyak terbesar di dunia dan sekutu utama Amerika Syarikat di Asia Barat, juga pernah menerima rawatan perubatan untuk masalah radang paru-paru pada Mei lalu.

Baginda kali terakhir mempengerusikan mesyuarat Kabinet pada Ogos lalu, kurang dua minggu selepas satu dekri diraja dikeluarkan oleh baginda, yang membenarkan mesyuarat Kabinet diteruskan walaupun tanpa kehadiran Raja atau Putera Mahkota.

Menurut dekri tersebut, mesyuarat Kabinet akan dipengerusikan oleh ahli tertua Kabinet yang juga merupakan keturunan Raja Abdulaziz Al Saud, pengasas negara Arab Saudi, sekiranya Raja atau Putera Mahkota tidak hadir. -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya