BAITULMUQADDIS: Knesset meluluskan dua undang-undang yang menghalang Agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA) untuk beroperasi di Israel, memutuskan hubungan dengannya, malah melabelnya sebagai organisasi pengganas. Tindakan itu jelas mengancam kerja-kerja agensi utama Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Palestin untuk menyalurkan bantuan kemanusian kepada penduduk di Gaza yang perlu melalui sempadan Israel. Di sebalik bantahan daripada Amerika Syarikat (AS) dan amaran daripada Majlis Keselamatan PBB (UNSC), penggubal undang-undang Israel…










