JAKARTA: Sejumlah 41 menteri, dan ketua agensi dalam Kabinet Merah Putih pimpinan Presiden Prabowo Subianto akan menerima gaji dan elaun sekitar 18.6 juta rupiah (RM5,180) setiap bulan.
Berdasarkan Pasal 2 PP Nombor 60 Tahun 2000, menteri negara berhak mendapat gaji pokok berjumlah 5.04 juta rupiah (RM1,400) sebulan.
Merujuk pada Pasal 1 dalam peraturan tersebut, elaun jabatan menteri negara adalah sekitar 13.6 juta rupiah (RM3,780) setiap bulan.
Selain itu, menteri juga akan menerima elaun operasi yang diberikan apabila menteri menjalankan aktiviti dan kemudahan lain seperti rumah serta kereta rasmi.
Jumlah elaun operasi kementerian diselaraskan dengan kapasiti bajet setiap kementerian dan institusi.
Bagi kediaman menteri, umumnya terletak di ibu kota, seperti di kawasan Widya Chandra, Jakarta.
Dalam pada itu, bekas Presiden, Joko Widodo (Jokowi) dilaporkan akan turut menerima pencen seumur hidup sekitar 30.2 juta rupiah (RM8,947).
“Presiden dan naib presiden yang secara terhormat meninggalkan jabatannya berhak mendapat pencen. Berdasarkan Artikel 6, setiap daripada mereka berhak menerima pencen bersamaan 100 peratus daripada gaji pokok terakhir.
“Gaji Presiden sekarang ialah 30.2 juta rupiah (RM8,947). Dengan cara itu, Jokowi akan mendapat jumlah nominal ini sebagai pencen seumur hidup,” jelas peraturan tersebut.-AGENSI











