Israel periksa rakyat Palestin sebelum keluar dari utara Gaza

Israel periksa rakyat Palestin sebelum keluar dari utara Gaza

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GAZA: Rakyat Palestin sekali lagi dipaksa melarikan diri akibat serangan dahsyat Israel, dengan ribuan penduduk dikumpulkan dan diperiksa sebelum diarah meninggalkan utara Gaza.

Menerusi video yang disahkan oleh AFP menunjukkan penduduk Gaza dipindahkan melalui pos kawalan tentera Israel di Jabalia, yang menjadi tumpuan operasi besar rejim sejak awal Oktober lalu.

Mereka berjalan melewati kereta kebal Israel di jalan yang penuh runtuhan dan diperiksa sebelum dibenarkan melintasi pos kawalan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Paramedik, Nevin Al-Dawasah berkata, dia terperangkap selama 16 hari di pusat perlindungan menempatkan penduduk yang kehilangan tempat tinggal di kem pelarian Jabalia.

“Sebuah dron tentera Israel yang dilengkapi pembesar suara menyatakan Pasukan Pertahanan Israel (IDF) meminta kami untuk meninggalkan kawasan itu.

“Kami mematuhi arahan dan meninggalkan tempat perlindungan, tetapi tiba-tiba berlaku pengeboman yang membunuh beberapa orang dan mencederakan yang lain,” kata Dawasah kepada AFP.

ADS:D

Minggu lalu, agensi pertahanan awam Gaza mengesahkan sekurang-kurangnya 400 orang terbunuh dalam serangan berterusan Israel, yang bermula pada 6 Oktober lalu.

Tentera Israel mendakwa, operasi ketenteraan berskala besar di utara Gaza dibuat bagi menyasarkan pejuang Hamas yang dikatakan berkumpul semula di kawasan itu.

Kementerian Kesihatan Palestin melaporkan, hanya satu daripada semua hospital di utara Gaza yang masih lagi beroperasi secara terhad.

“Satu-satunya kemudahan perubatan yang masih berfungsi sebahagiannya di kawasan terjejas oleh serangan Israel tidak mempunyai ubat atau bekalan perubatan.

“Banyak jenazah dibiarkan di jalan raya dan kami tidak dapat membantu mereka,” kata Pengarah Hospital Kamal Adwan, Hossam Abu Safia.– AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN